Sunday, November 8, 2009

Teater Tradisianol

Teater tradisional seperti Main Puteri,Main pantai, wayang kulit dan Makyung sudah bermula beratuis tahun dahulu.

Misalnya tradisi Main Pantai sudah dipraktikkan sejak kira-kira dua ratus atau tiga ratus tahun dahulu. Tradisi ini diadakan bagi tujuan menyambut selasainya menuai padi supaya padi menjadi. Upacara dimulakan dengan bacaan serapah, makan sirih lalu diikuti berarak, bersanding, menyanyi dan menari dengan diiringi dengan muzik seperti dombak, gong dan rebana. Begitu juga dengan Main Puteri, yang sifatnya sebagai upacara perubatan, ianya adalah dipenuhi dengan dialog perbomohan, nyanian, dan tarian ; ia disertakan dengan cerita-cerita dan lakonan yang jelas menunjukkan bahawa ia telah memiliki ciri-ciri sebuah teater.

Dari upacara keagamaanlah bentuk teater tradisional terbentuk, bila aktivitinya tidak lagi untuk persembahan kepada supernatural tetapi telah menjadi sebagai suatu hiburan. Dalam pertumbuhan perkembanganya, main puteri sudah mengambil sikap untuk menghibur dan tidak lagi sebagai ritualistik. Namun keadaan ini tidak membuktikan lahirnya satu bentuk teater tradisional yang baru terbentuk, sebagai main puteri ia tetap sebagai main puteri.

Sejarah menyatakan drama tradisional melayu yang pertama ialah wayang kulit, yang sifatnya agak berbeza dengan unsur-unsur persembahanya. Sejarah awal wayang kulit bermula pada abad ke-13 dan ke-14. Wayang kulit dikatakan berasal dari Jawa dan diakulturasikan pada zaman kesultanan melaka, dan ia adalah merupakan teater tulen Indonesia yang dapat dikesan kewujudannya sejak kurun pertama sebelum masihi. Satu lagi jenis wayang kulit berasal dari Thailand yang dipanggil wayang Siam. kira-kira lima kurun bentuk teater ini melangsungkan zaman keemasanya dan mengundang audiennya dari rakyat jelata yang cukup meriah.

No comments:

Post a Comment