Monday, November 9, 2009

Produksi Teater

Dalam membuat sesuatu produksi, kerjasama semua ahli produksi merupakan sesuatu yang sangat penting bagi menghasilkan satu pementasan yang membuatkan penonton tehibur yang seterusnya membuatkan mereka meminati teater. Tanpa kerjasama dari semua pihak biar dari bahagian pengurusan luar mahupun pengurusan kreatif. Tanpa kerja sama teater itu tidak akan berjaya.

Dalam pengurusan produksi teater, orang yang paling penting sekali ialah sutradara ataupun dipanggil pengarah. Pada zaman dahulu, iaitu pada zaman Yunani, sutradar ini dipanggil sebagai penulis (playwright), namun tidak bermakna ia menjalankan dua tugas yang sama. Ini kerana semasa menulis ia dipanggil penulis dan semasa mengarah ia akan dipanggil pengarah. Antara peranan sutradara ialah mengetuai dan mengendalikan sesuatu produksi. Beliau merupakan orang penting dalam pengurusan produksi, ini kerana perjalanan produksi adalah mengikut visi dan misinya. Antara tugas pentingnya ialah;
1. Orang yang bertanggung jawab memilih naskha yang bakal dipentaskan.
2. Mewakili penulis dalam menyampaikan isi kandungan naskha.
3. Memilih pelakon.
4. Mengarah lakon dan produksi.
5. Memastikan produksi berjalan lancar

Orang kedua yang sangat penting dalam pengurusan teater ialah pengurus pentas/stage manager (sm). Pengurus pentas memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan perjalan pentas berjalan dengan pentas. Dalam menjadi seorang pengurus pentas, seseorang itu mestilah mempunyai keupayaan yang tinggi dalam pengurusan pentas. Antara peranan pengurus pentas ialah;
1. Memantau perjalanan proses latihan pelakon
2. Menyediakan jadual latihan
3. Menyediakan buku prompt yang mengandungi segala data berkaitan dengan persiapan produksi
4. Memastikan setiap pelakon ada sebelum persembahan bermula
5. Memastikan semua prop harus ada sebelum persembahan
6. Menyediakan skrip teknikal

Manakala orang ketiga dalam pengurusan produksi ini ialah pengurus produksi. Pengurus produksi hanya terlibat dalam bidang pengurusan luar dan tidak terlibat dalam pengurusan kreatif. Antara tugasnya ialah;
1. Mewujudkan produksi
2. Memilih sutradara
3. Menjaga kepentingan skrip dan hak penulis
4. Menyelaraskan kewangan untuk setiap bahagian porduksi
5. Menyediakan surat
6. Memantau pengendalian promosi, publisiti dan penjualan tiket

Selain itu pereka set juga merupakan orang yang penting dalam menjayakan sesuatu produksi. Set yang bagus akan menjadikan persembahan itu menarik dan juga membantu pelakon dalam menghidupkan watak. Antara tugasnya ialah;
1. Memindahkan lakaran perspektif kepada lukisan mekanikal untuk menerangkan idea set
2. Menyediakan lakaran ground plan
3. Menghasilkan model set dan pentas
4. Memantau kerja petugas teknikal

Orang yang mengendalikan bahagian pencahayaan juga merupakan orang yang sangat penting dalam menjayakan teater. Pencahayaan membantu dalam mewujudkan suasana dan juga menghidupkan emosi pelakon. Antara tugas penata cahaya ialah;
1. Mengenal pasti dan memahami terlebih dahulu jenis pentas yang akan diberi pencahayaan
2. Menyediakan pencahayaan mengikut idea dan pemikiran pengarah
3. Memastikan semua lampu berfungsi
4. Menyediakan gel lampu yang sesuai dengan mod pelakon

Penata bunyi berfungsi sebagai;
1. Menyediakan bunyi yang sesuai bagi menghidupkan emosi pelakon
2. Memastikan semua bentuk bunyi ada biar rakaman mahupun yang secara life
Tatarias/make up;

1. Melakar idea-idea rias bagi sebuah persembahan
2. Mencipta perwatakan, menghasilkan ekspersi pada wajah, warna dan bentuk serta stailisi dalam persembahan
Pereka kostum/ costume designeer;

1. Mereka, menyiapkan dan menyediakan kostum pelakon
2. Memastikan kostum bersesuaian dengan persembahan
Prop;

1. Menyediakan prop kepada pelakon
2. Memastikan semua prop mesti ada semasa sebelum persembahan
3. Menyediakan jadual penggunaan prop.

Semua bahagian ini memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan persembahan berjalan dengan lancar dan Berjaya. Mereka ibarat sebuah kapal yang akan karam jika tidak berkerjasama dalam pelayaran.

1 comment:

  1. terima kasih atas info ~ sangat berguna utk sy TQ

    ReplyDelete