Wednesday, November 11, 2009

TEATER BERTAJUK NATRAH


Teater Natrah yang bakal dipersembahkan pada 30 nov hinggga 9 disember di hadapan istana budaya dikatakann telah mendapat sambutan yang sangat baik hinggakan semua tiket habis dijual dan mendapat tempahan awal. Hal ini menunjukkan bahawa teater semakin diterima oleh masyarakat, dan hal in bagi sesuatu yang sangat baik.

Teater Natrah ini diarahkan oleh orang yang memang berpengalaman dalam bidang teater iaitu Erma Fatimah yang telah lama berkecimpung dalam bidang teater dan telah banyak mementaskan Teater Muzikal. Saya berasa amat rugi kerana tidak dapat menonton teater yang mengisahkan tentang kontroversi yang pernah berlaku di Singapura yang telah menyebabkan rusuhan yang telah mengorbankan nyawa dan menyebabkan kecederaan pada masa itu. Kalo Sabah dekat jak dengan Semananjung dah lama saya datang untuk menyaksikan teater ini, nasiblah jauh xgak terbuang duit saya….he..he

Teater Natrah mengisahkan tentang seorang budak berbangsa Belanda yang telah dijaga oleh orang yang berbangsa Melayu ketika Jepun menguasai Asia. Budak yang bernnama Natrah itu telaah diambil semula ibubapanya setelah ia sudah dewasa dan dipaksa untuk murtad yang telah menyebabkan kontroversi berlaku di Singapura.

Antara pelakon yang memegang watak dalam Teater Natrah ini ialah Maya Karin (sebagai Natrah ), Remy Ishak ( sebagai Mansor Adabi suami Natrah ) , Umie Aida ( sebagai Che Aminah ibu Natrah ) dan Sofea Jane ( sebagai Natrah semasa tua ).

Jadi datanglah beramai-ramai untuk menyaksikan teater Natrah ini. Bersama kita memperkasakan teater. “ Teater Cerminan Kehidupan “

No comments:

Post a Comment