Sunday, November 8, 2009

Set dan Props


Set dan Prop adalah berasal daripada perkataan Inggeris yang definisikan sebagai dua perkara atau item yang berbeza di dalam seni persembahan teater yang menyokong atau mewarnai sesuatu adegan atau babak lakonan (scene). Terdapat perbezaan di antara dua elemen penting yang adakalanya mengelirukan dari sudut pendefinisian.

Teater mengistilahkan set sebagai bahan atau material yang bersifat tetap untuk sesuatu adegan lakonan yang memberi maklumat atau info kepada penonton secara fizikal atau wujud tentang sesuatu gaya atau konsep persembahan. Sebagai contoh, sebuah persembahan teater bangsawan atau gaya bangsawan memerlukan kerusi singgahsana untuk watak seorang raja yang berlatarbelakang sebuah dinding kayu yang mempamerkan dua bilah keris bersarung yang digantung bersilang dan sebuah pasu bunga di sisi kerusi singgahsana. Kerusi, dinding kayu, keris dan pasu bunga inilah yang dinamakan sebagai set di dalam adegan.

Prop pula bermaksud setiap bahan atau material yang digunakan di atas pentas oleh pelakon. Sesetengah pendapat menyatakan prop adalah set yang bersifat bergerak dan boleh digerakkan. Contohnya, keris yang digunakan oleh pelakon di dalam teater bangsawan di dalam adegan pergaduhan adalah satu prop. Namun, set boleh bertukar menjadi prop apabila keris yang tergantung di dinding diambil oleh pelakon untuk digunakan di dalam adegan dan pasu bunga diangkat dan dibaling oleh pelakon.

No comments:

Post a Comment